so tis is wat we call 'sunset'. a fren of mine says that i am a person who so obsess about sun.. sunrise n sunset.. yup.. n i do agree wit her. sunrise n sunset can help me to know my inner self. i look at the scenery n suddenly i feel so calm n hepi. the colors, the wind, the sky n even the thing around it seem so beautiful.
Tuesday, August 31, 2010
sUnsEt
cELotEh AiNa LaLuNa at 12:00:00 PM 0 cELoTeH aWoK
aku yang selalu rugi...
malam tadi, tatau nape mengantuk sangat... sampaikan lampu pun x sempat nk off... landing jek atas katil, terus hanyut. sedangkan petang semalam dah take a nap. then, pg tadi pun rasa malas nak bangun sahur. kalau diikutkan, tidur pukul 12 tidaklah terlalu lewat. nak bangun sahur memang boleh sangat. lainlah kalau tidur pukul2,3 pagi. so pagi tadi sahur dengan seteguk air kosong jek. tu pun nasib baik ada kt sebelah katil. kalau tak memang tak sahur la tuh.
cELotEh AiNa LaLuNa at 10:58:00 AM 0 cELoTeH aWoK
cELotEh AiNa LaLuNa at 10:48:00 AM 0 cELoTeH aWoK
Monday, August 30, 2010
ARGHHHHHHHHH!!! TENSEN SEH... DLM NGAH DIET, JAGA MAKAN, MAKAN SKET PON, BERAT NAIK JUGAKKKK... ADUIIIIIIIII!!! TENSEN BANGAT NEH... ARGHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!
cELotEh AiNa LaLuNa at 9:11:00 PM 0 cELoTeH aWoK
10 PETANDA DIA JODOH KITA.......
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
YA ALLAH... WALAU SIAPA SEKALIPUN JODOHKU, KAU TETAPKANLAH HATIKU PADA HATINYA. DAN TETAPKANLAH HATINYA PADA HATIKU. SEMOGA JODOH KAMI AKAN BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIRAT KELAK. SEMOGA JODOH KAMI DIBERKATI OLEHMU, YA ALLAH... AMIN YA RABBAL ALAMIN.
cELotEh AiNa LaLuNa at 9:03:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Chenta & kasih sayang itu satu anugerah....maka dgn itu sayangi lah org yg menyayangi kamu dari org yang berpura2 menyayangi kamu tapi selingkuh dibelakang kamu atau mahu ambil kesempatan atas kamu...
cELotEh AiNa LaLuNa at 8:44:00 PM 0 cELoTeH aWoK
kEnApA KiTa DitEmUKaN dEngAn oRg yG sALah???
kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.
credited: Sebutir Mutiara Seindah Wanita
cELotEh AiNa LaLuNa at 5:36:00 AM 0 cELoTeH aWoK
Sunday, August 29, 2010
cELotEh AiNa LaLuNa at 8:54:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Sunday, August 22, 2010
Hari ke 12 ek???
assalamualaikum...
cELotEh AiNa LaLuNa at 7:11:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Saturday, August 21, 2010
BERBUKA HARI KE 10
cELotEh AiNa LaLuNa at 12:44:00 AM 0 cELoTeH aWoK
cELotEh AiNa LaLuNa at 12:41:00 AM 0 cELoTeH aWoK
Wednesday, August 18, 2010
aina = mata
cELotEh AiNa LaLuNa at 8:47:00 PM 0 cELoTeH aWoK
HUJAN PANAS
cELotEh AiNa LaLuNa at 8:38:00 PM 0 cELoTeH aWoK
SKOL 18.8.2010
cELotEh AiNa LaLuNa at 8:34:00 PM 0 cELoTeH aWoK
SKOL 17.8.2030

cELotEh AiNa LaLuNa at 8:29:00 PM 0 cELoTeH aWoK
SKOL 16.8.2010
cELotEh AiNa LaLuNa at 8:14:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Tuesday, August 17, 2010
ehem... dah bape ari x post neh? bape hari malas neh? bape ari xde daya neh? ekkekekeke/....
cELotEh AiNa LaLuNa at 9:25:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Monday, August 16, 2010
16/8/2010 - monday - 6.16am
cELotEh AiNa LaLuNa at 6:13:00 AM 0 cELoTeH aWoK
Sunday, August 15, 2010
what is my 6th sense????
cELotEh AiNa LaLuNa at 12:41:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Saturday, August 14, 2010
i am totally down..
ptg ni, keh rs sgt2 down... coz sumbody said my body like sumone's wife n mother... waaa... keh x kawen lg. cmne bdn keh nak mcm bdn bini org? keh x beranak lg, cmne leh ckp bdn keh mcm mak org? adakah dunia ni kejam pd keh, atau keh sendiri kejam pd diri keh? cakap die betol sebenarnya... keh dah lama sedar diri keh ni macam pompuan anak 3. dah la takde shape, gelembung sini sana...
cELotEh AiNa LaLuNa at 7:20:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Friday, August 13, 2010
editing power....



cELotEh AiNa LaLuNa at 10:08:00 PM 0 cELoTeH aWoK
JUADAH HARI KETIGA
cELotEh AiNa LaLuNa at 7:16:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Wednesday, August 11, 2010
Alhamdulillah. Kenyang perot keh. Juadah berbuka hari ini ialah nasi, sambal kerang (ifa masak), ikan goring n sambal belacan (intan masak), dan jugak cendawan goring lada hitam. Alhamdulillah… rezeki yang Allah bagi untuk kami hari ni. Ingat nak g terawih, tp hujan beserta kilat n guruh. Hurmm… ni skang tgh makan rambutan yg ifa kupas n letak dalam peti ais. Sejuknya.. tadi keh de kupas mangga. Jap lg leh la makan.. huhuhuuhu…
cELotEh AiNa LaLuNa at 9:19:00 PM 0 cELoTeH aWoK
cELotEh AiNa LaLuNa at 2:08:00 AM 0 cELoTeH aWoK
Tuesday, August 10, 2010
cELotEh AiNa LaLuNa at 8:27:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Argh…. Tangan keh gatai nak menaip sesuatu.. apa keh nak taip neh??? Arghhhh…..
cELotEh AiNa LaLuNa at 5:31:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Sahabat Keh
Ni member keh. Nama dia Rosilawati Hj Nor. Dia ni sebaya umur ngan keh. Keh kenal dia masa keh masuk tingkatan 6 rendah kt SM Kamil. Masa tu keh umur 19. Sekarang ni keh dah umur 29. Alhamdulillah. Dah 10 tahun usia perkenalan kami. Sepanjang 10 tahun ni, banyak benda yang berlaku. Lepas STPM, dia masuk UUM n keh masuk UKM. Kami de lg 2 member baik. C’ra n Yus. C’ra dpt masuk UM n Yus sambung jd misi. Skang yg bujang tinggal kami 2 orang je. Dua lagi member kami dah kawin n beranak pinak dah pun.
Keh ngan C’sue neh nak kata baik, memang baik la. Keh ngan die x penah lagi rasanya bergaduh sampai tak bertegur sapa. Mungkin sebab kami jauh. So takde sangat la nak gaduh tu. Tapi kalu balik kg, insyaallah keh akan luangkan masa tuk jupe die. Sebab die kan berfren keh. Klu raya, dulu selalu la jelajah seluruh Pasir Puteh tu. Gi umah orang tu, gi umah orang ni. Sonok yang amat.
Keh harap C’sue akan terus jadi sahabat keh. Sebab keh sayangkan C’sue. Dia neh memang la sebaik manusia. Hehehe.. suke saing nge die…
cELotEh AiNa LaLuNa at 5:14:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Ah Lan Wasahlan Ya Ramadhan
Sewaktu dikesibukan menguruskan murid-murid, mata keh terpandangkan sesuatu. Dan tetiba keh rasa sayu. Bukan keh tak pernah melihat dia sebelum ni. Tapi hari ni entah kenapa ada sesuatu yang mengetuk pintu hati keh agar menyenap gambar pakcik ni. Pakcik ni ialah tukang kebun di sekolah kami. Dah lama agaknya dia di sini. Sebab masa keh masuk sekolah ni, dia dah ada. Pakcik ni memang tak banyak cakap. Senyum aje.
Bukan keh nak ceritakan tentang pakcik ni. Tapi keh nak kongsi perasaan keh. Entah kenapa di akhir Syaaban neh hati keh sayu. Mungkin kerana esok dah Ramadhan kot. Tatau la apa perasaan keh. Keh rasa tak sabar sebenarnya nak berpuasa. Keh doa kat Allah, semoga puasa keh akan diberkati. Semoga keh tak semata lapar n dahaga je. Semoga kita semua akan diberkati dan dilimpahi rahmatNya yang tak pernah putus. Ya Allah, Izinkan aku menemui bulan seribu bulanMu yang penuh keberkatan ini. Izinkan aku mengabdikan diri padaMu. Ampunkan semua salah dan silapku, Ya Allah…
cELotEh AiNa LaLuNa at 5:03:00 PM 0 cELoTeH aWoK
SEDARA
Selamat Datang Ramadhan. Sekolah menganjurkan program tersebut pagi tadi. Dan baru pagi ni keh tau. Nasib baik la keh x buat lagi lesson plan. Hahahaha. Klu tak, keh keriau kt tengah dewan tadi. Lepas program ni, de makan2 dekat pra sekolah. Alhamdulillah. Pulut ngan rending, pengat durian, kek2, kopok lekor… adui.. banyaknya makanan tadi. Alhamdulillah. Kenyang perot keh. Nak nak plak makan pulut. Balik skolah, trus keh belayar ke alam mimpi. Sedapnya tidur. Pukul 3pm br keh tersedar. Nasib baik la tak jalan terus…
Cakap banyak pon tak guna la.. hehehe. Jom tengok pic2 yg dh keh edit.. hehehehe



cELotEh AiNa LaLuNa at 4:54:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Monday, August 9, 2010
Tadi member keh nama alya aka pink lady cakap kt keh yang keh ni x cumil kalu pakai tudung. Die lebih shuke tgk keh free hair.. huhuhuh… mencik la kt yaya neh.. nape ckp keh x comey wei??? Tp cik yaya suke kan sbb keh fotogenik kan? Ngaku je la cik yaya oiii… hahahaha… shukenye hati keh…
cELotEh AiNa LaLuNa at 10:02:00 PM 0 cELoTeH aWoK
cELotEh AiNa LaLuNa at 4:39:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Assalamualaikum….
Kat skolah td, de cikgu buat jamuan beday die… K’Noriah, K’Mona n jugak K’Ilah… sedapnye makan. De pais ikan patin, de kerabu pucuk paku, de gulai lemak ikan masin ngan terung n jugak de sambal udang. Adoii.. banyak tol keh makan. Pastu keh makan la plak kek cokelat dgn kek buah. Banyaknya kalori keh ambik ari ni.
Semalam, Yoeb aka Kamarudin pesan kat keh. Kalu keh nak diet, puasa neh keh cuma minum jus buah je. Tak yah makan apa2. Adoi.. lapo la keh nanti. Keh rasa keh x leh ikot petua tu. Tp keh bebetul nak diet neh. Maybe keh ambik juga karbohidrat tapi dlm kuantiti yg sikit. Keh ni nak kurus bukan la sebab nak mengorat sesapa. Keh cuma nak sihat jek. Tak nak la keh. Keh ni muda lagi. Tak nak kena penyakit apa2. Lama lagi keh nak idup neh.
Semalam keh dh upload gambo keh ngan hosmet keh makan GCB kt Mentakab tu kt fesbuk keh. Ari ni dtg skolah, K’Pah ckp kt keh. Beger keh makan tu macam penyu. Keh tgk la dlm gambar keh tu. De ke macam penyu. Takde la plak. Puas keh memulas gambo tuh. Nk tgk tang mana la Nampak penyu. Takde la pulak. Tapi tatau la klu dia Nampak benda lain. X dapat la keh nak menolong. Janji beger tu dah selamat dalam perut keh. X gitu???
Keh ni de kelas. Tapi menunggu bebudak ni idak la smapi2 lagi. Dh 11 minit lewat ni. Balik umah kang, keh juz copy paste masuk dlm blog keh je la.. heheheheheh…..
Kenyangnye perot keh.. Alhamdulillah… maceh la ye banje2 makan.. nnt nak pose, banje lagi tau… hahahah… keh kan org miskin. Xde duit… lambatnya nak gaji neh…
cELotEh AiNa LaLuNa at 4:18:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Sunday, August 8, 2010
cELotEh AiNa LaLuNa at 7:56:00 PM 0 cELoTeH aWoK
Camping
ari tu keh g camping kat Cameron Highland. Camping Pandu Puteri Tunas Peringkat Negeri Pahang. Jerantut hantar 40 orang peserta (baca; budak2) n 7 orang guru pengiring (baca; org dewasa tapi pangai mcm bebudak). sonok bangat ah g camping.





cELotEh AiNa LaLuNa at 3:59:00 PM 0 cELoTeH aWoK








