lepas siap masak tadi, sy masuk ke bilik sbb nak ttp tingkap n langsir semua.. then sy tgk hujan tengah turun. renyai2.. hujan kejap je..tapi saya nampak matahari bersinar terang. cahaya dan bahangnya terasa... panas dan hangat... hujan panas... walaupun hujan, mentari masih ada. sy termenung memikirkan semua ini... walaupun hari hujan, masih ada cahaya mentari menyinari. itulah dunia...kadang2 hujan lebat, kadang2 panas terik dan kadang2 mcm tadi, hujan panas...
macam tu jugaklah kehidupan kita. Allah jadikan ia sangat sukar. supaya apabila kita senang, kita akan ingat betapa sukarnya untuk mengecap kenikmatan.. apa bila senang, jangan terlalu gembira. bila2 saja kita boleh ditimpa kesusahan... dan kadang2, Allah beri keduanya dalam satu masa... kita sukar menghadapinya, namun sebenarnya ia mengembirakan... contohnya perpisahan.. kita sakit bila menghadapinya. namun jika itu yang terbaik, tiada yang lebih manis selain dari perpisahan...
bersyukurlah dengan apa saja yang Allah berikan kepada kita. kerana kita hanyalah hambaNya yang tidak berdaya...
Allahuakbar...

0 cELoTeH aWoK:
Post a Comment