so tis is wat we call 'sunset'. a fren of mine says that i am a person who so obsess about sun.. sunrise n sunset.. yup.. n i do agree wit her. sunrise n sunset can help me to know my inner self. i look at the scenery n suddenly i feel so calm n hepi. the colors, the wind, the sky n even the thing around it seem so beautiful.
Tuesday, August 31, 2010
sUnsEt
i snap tis pic when i was in Melaka for school family day. it's about 6.30-7.30 pm. we juz reached da hotel n everybody were tired. i opened the window n suddenly the scene caught my eyes.. wat a beautiful sunset. Subhanallah... i can't took my eyes off of it.. i juz stand there n watched the sun set.. beautiful...
i will come again.. it's a promise... i wanna sit on the river bank n watch the sunset. insyaallah... i will come again...
cELotEh AiNa LaLuNa at 12:00:00 PM 0 cELoTeH aWoK
aku yang selalu rugi...
malam tadi, tatau nape mengantuk sangat... sampaikan lampu pun x sempat nk off... landing jek atas katil, terus hanyut. sedangkan petang semalam dah take a nap. then, pg tadi pun rasa malas nak bangun sahur. kalau diikutkan, tidur pukul 12 tidaklah terlalu lewat. nak bangun sahur memang boleh sangat. lainlah kalau tidur pukul2,3 pagi. so pagi tadi sahur dengan seteguk air kosong jek. tu pun nasib baik ada kt sebelah katil. kalau tak memang tak sahur la tuh.
bangun pukul 8 tadi, matahari redup sangat. seolah-olah baru pukul 7 pagi. cuaca pulak dingin jek. maybe tu yang buat sedap tidur tu. niat nak bangun tengah malam, terkubur di alam mimpi. entahlah. kalau tidur kang, tak leh bangun pulak. kalau tak tidur kang... adoi...
malam td malam ke 21. malam ganjil. orang kata insyaallah malam seribu bulan tu akan tiba pada malam ganjil. tapi semalam ke? adakah tanda-tandanya sudah kelihatan? tapi pagi ni, sudah pukul 11 ni. tapi cuaca dingin jek. matahari memancar kat luar. tapi tidak terasa panas. kalaulah semalam malam itu, alangkah ruginya sesiapa seperti aku. adus... kenapa la susah sangat nak berbuat kepada kebaikan ni? bukakkah setan telah diikat dan dipenjarakan? kalaulah nafsu juga dicampak ke dalam penjara, pasti bulan ramadhan adalah bulan yang paling aku nantikan.
kalaulah betul malam tadi malamnya, alangkah ruginya aku... entah dapat entah tidak aku menemui ramadhan pada tahun depan. entah sempat entah tidak aku merasai kemanisan ramadhan yang akan datang.
Ya Allah, apa sekalipun yang berlaku, hanya Engkau yang Maha Mengetahui. rahsiaMu, hanya Engkau yang Mengetahui segala... apa pun yang berlaku, Ya Allah, hidupkanlah aku di bawah naungan rahmat dan belas ihsanMu...
cELotEh AiNa LaLuNa at 10:58:00 AM 0 cELoTeH aWoK
TANDA-TANDA LAILATUL QADAR
Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu.
Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya.
Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.
Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat.
Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa. Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.
Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :
1. Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). - Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa -
2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. - Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit -
3. Dalam Mu'jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa' daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).
4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.
Qadhi 'Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:
1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh mereka yang halus menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.
Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram
cELotEh AiNa LaLuNa at 10:48:00 AM 0 cELoTeH aWoK
Subscribe to:
Comments (Atom)