BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 10, 2010

Ah Lan Wasahlan Ya Ramadhan

Sewaktu dikesibukan menguruskan murid-murid, mata keh terpandangkan sesuatu. Dan tetiba keh rasa sayu. Bukan keh tak pernah melihat dia sebelum ni. Tapi hari ni entah kenapa ada sesuatu yang mengetuk pintu hati keh agar menyenap gambar pakcik ni. Pakcik ni ialah tukang kebun di sekolah kami. Dah lama agaknya dia di sini. Sebab masa keh masuk sekolah ni, dia dah ada. Pakcik ni memang tak banyak cakap. Senyum aje.

Bukan keh nak ceritakan tentang pakcik ni. Tapi keh nak kongsi perasaan keh. Entah kenapa di akhir Syaaban neh hati keh sayu. Mungkin kerana esok dah Ramadhan kot. Tatau la apa perasaan keh. Keh rasa tak sabar sebenarnya nak berpuasa. Keh doa kat Allah, semoga puasa keh akan diberkati. Semoga keh tak semata lapar n dahaga je. Semoga kita semua akan diberkati dan dilimpahi rahmatNya yang tak pernah putus. Ya Allah, Izinkan aku menemui bulan seribu bulanMu yang penuh keberkatan ini. Izinkan aku mengabdikan diri padaMu. Ampunkan semua salah dan silapku, Ya Allah…

0 cELoTeH aWoK: