BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 30, 2010

Chenta & kasih sayang itu satu anugerah....maka dgn itu sayangi lah org yg menyayangi kamu dari org yang berpura2 menyayangi kamu tapi selingkuh dibelakang kamu atau mahu ambil kesempatan atas kamu...


orang kata diusia ku ini, aku sepatutnya sudah boleh membezakan siapa yang sebenarnya menyayangiku dengan setulus hatinya.. aku tak sepatutnya masih tercari-cari siapa sebenarnya yang menyayangiku... aku sepatutnya sudah nampak dan pandai membezakan antara yang hak dan yang batil. namun akibat daripada kekecewaan lalu yang meninggalkan banyak kesan buruk kepada diriku, aku jadi keliru. benarkan si polan ini mencintaiku? dan benarkah aku mencintai si polan ini??? aku keliru.. aku buntu...

lantas, aku menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui... aku redha dengan setiap apa yang Dia akan berikan kepadaku. baik bagiNya, maka baiklah bagiku. walaupun aku sayang dan kasih, tetapi jika Dia tidak mengizinkannya, maka aku tahu Dia cuma mahu yang terbaik untukku.

Ya Allah, aku redha dengan setiap ketentuanMu. kerana hanya Kau yang mengetahui segalanya....

0 cELoTeH aWoK: