BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 31, 2010

He's the chills that goes thru my spin. The butterflies that sing. The warmth in my skin. The water that comes out of my eyes. The memories I think about.
He's all I need turn my life at ease.

Wednesday, July 28, 2010

saya ambil sehelai kertas dan sebatang pen. saya lakarkan namanya dengan penuh indah. kemudian, saya ingin memadam namanya. gagal. pen akan kekal. menggunakan liquid paper, ia takkan sempurna lagi. lama kelamaan, tulisan itu akan kembali terbias di mata saya. paling tidak, saya akan renyukkan kertas itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. agar ia tidak muncul di depan mata saya lagi.


kemudian saya ambil sehelai kertas lagi dan kali ini sebatang pensil. saya lakar indah namanya. saya ambil pemadam. dengan penuh lemah lembut, saya padamkan namanya. saya berpuas hati. kertas itu kembali kosong. saya boleh menggunakannya untuk menulis nama orang lain lagi.

begitulah jua hati saya. saya ukir namanya dengan indah. dengan harapan namanya akan berkekalan di situ sampai bila-bila. apabila terjadi sesuatu, saya tidak mampu mengikis namanya. memula, ia akan berjaya. saya akan berjaya melupakan dia. namun lama kelamaan, dia akan kembali muncul dalam hidup saya. saya akan kembali merindui dan mengingati dia.

kalaulah dulu saya cuma menggunakan pensil, tentu saya tidak akan menghadapi kesukaran untuk melupakan dia. betul bila orang kata, jangan terlalu sayangkan seseorang. simpan sedikit kebencian. kerana siapa tahu suatu hari nanti, sesuatu terjadi. bukan saya kata saya bencikan dia. tidak sekelumit pun. cuma saya kesal dengan diri saya kerana terlalu sayangkan dia. dan akhirnya ia memakan diri saya sendiri.

ramai yang kesal dengan diri saya kerana terlalu mengagungkan dia. sebenarnya, dia adalah cinta pertama saya. saya tidak pernah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki (kecuali cinta monyet). saya jatuh cinta pertama di usia 28 tahun. sigh! terlewat mungkin. apatah lagi cinta itu hanya sempat bertahan selama beberapa bulan saja.

saya dinasihati oleh kawan-kawan. katanya lelaki itu sudah membuang saya dari dalam hidupnya. kenapa saya harus menyimpannya lagi? dia langsung tidak layak menerima pengorbanan diri saya ni. ada betulnya kata-kata mereka. ah, bukan! kata-kata mereka memang betul. kenapa perlu disimpan lagi semuanya sedangkan saya sudah tidak wujud di dalam hatinya. saya sudah dibuang. lagikan bayi dibuang, inikan pula saya.

saya mengambil keputusan. kali ini saya nekad. saya akan melupakan dia. secara perlahan-lahan, saya akan kikis namanya dari dalam hati saya. bukan kerana saya benci. bukan kerana saya sudah tak sayang. tapi kerana dia tak layak mendapat cinta saya. dia tak layak mendapat jiwa dan perasaan saya selepas apa yang berlaku. saya akan lupakan dia sebagaimana saya dilupakan.

so skang... oyeahhh... i am me again..... terima kasih, Allah...

our eyes
which first held me captivated
where I stood.


Your smile
to dazzle the sun
and warm every corner of my soul.

Your voice
like a sparkling mountain stream
which flows into my heart.

Your walk
and the way your gracefulness
takes my breath away.

Your hands
whose caress I crave
to hold my face
in their tenderness.

Most of all
everything you are
changed the way I feel about my life.

I love you.

Tuesday, July 27, 2010

kisah sebuah mangkuk

saya ambil sebuah mangkuk kaca. kemudian saya hempas ke lantai. pecah berkecai. kemudian saya ambil setiap cebisan, saya tampal dan saya bentuk semula menjadi sebuah mangkuk kaca. namun walaupun lengkap, ia takkan sempurna. saya hempas lagi.. saya cantum semula.. saya hempas lagi... saya cantum semula.. seronok rupanya permainan ini... kesian mangkuk. tapi padan muka. siapa suruh tetap setia di sisi saya..

begitulah perumpamaan awak perlakukan saya... suatu masa dulu, awk ambil hati sy. awk jaga dan belai dengan penuh perhatian dan kasih sayang.. saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada awak... kemudian awak punahkan harapan tu. awak ranapkan kepercayaan dan keteguhan hati saya. awak luka dan robekkan hati saya tanpa belas kasihan. kemudian awak tinggalkan saya mengutip sisa-sisa hati yang berkecai.

kemudian, awak datang balik. dengan lembut awak sentuh dan belai hati saya semula. membuatkan saya terlupa bahawasanya kesakitan saya masih belum sembuh. hati saya masih belum tercantum sepenuhnya. saya terlupa disebabkan kelembutan awak. kemudian, bila saya memberi hati saya kepada awak, awak merobekkan tanpa belas kasihan. dengan bangga di atas penderitaan saya...

saya takkan salahkan awak. kerana saya ibarat semut. dan awak gulanya. di mana ada awak, akan ada saya. saya akan terus mengejar dan mengekor tanpa jemu. awak, saya pernah melepaskan awak pergi dari dalam hidup saya. dan Allah banyak membantu saya. kemudian saya hidupakan awak dalam jiwa saya. saya keliru. saya penat. saya resah. sekarang saya lepaskan awak semula. terbanglah. kepaklah sayap awak sesuka hati awak. kerana saya takkan pernah menghalangnya lagi.

awak tidak pernah ikhlas mengaku sayangkan saya. kalau sayang, saya takkan diperlakukan begini. kalau sayang, saya akan dapat rasa kasih sayang awak tu. awak sayang saya sekadar di mulut. dan saya takkan pernah menyalahkan awak. saya yang terhegeh mencari awak...

awak dah buang saya dari dalam hidup awak. lama dah. dari dulu lagi. cuma saya yang tidak dapat menerima kenyataan bahawasanya saya bukan milik awak dan awak bukan milik saya lagi. hari ini, saat ini, mungkin Allah telah bukakan pintu hati saya untuk sekali lagi... saya lepaskan awak. dengan penuh rela, tanpa paksaan... pergilah wak. berlalulah. carilah dunia awak...

mencintai tidak semestinya memiliki.. saya bahagia bila melihat awak bahagia... mungkin kebahagiaan hanya akan saya temui selepas awak berlalu pergi...

Monday, July 26, 2010

oRaNg yAnG bEnaR2 mEnCinTai KaMu...

1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

- benar... bila awak tny sy kenapa sy syg awk, saya x mampu memberi alasan. takde sebab kenapa saya sygkan awk. cuma sy terlalu sygkan awak. terlalu sayang smpaikan rasanya saya takkan mampu untuk meneruskan hidup ni kalau awak xde.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

- if suatu masa, Allah takdirkan awak menemui insan lain, yang mampu membuatkan awk jatuh hati sekali lagi, saya akan menumpang kebahagiaan awak tu. n kalau awak dan dia sampai ke jinjang pelamin, saya akan menghadiri pernikahan awak, dan akan mendoakan kebahagiaan awak.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

- walau macam mana sekalipun keadaan awak, awak tetap indah di mata saya. dan tetap akan kekal selamanya begitu.


4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tau tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tau kegiatan kamu.

- sebab tu saya akan bukak page FB awk 2 kali setiap hari. sepanjang siang dan sepanjang malam.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ’selamat pagi’, ‘have fun’, ’selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya , menyatakan dengan cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”.

- awak tidak pernah membalas msg sy, namun sy akan tetap mengirimkannya. sebab itu tanda saya ingatkan awak. itu tanda kasih sayang sy. sekalipun saya xtau sama ada awak membacanya, saya puas.

6. Jika kamu merayakan tahun baru dan kamu tidak mengundangnya ke pesta yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

- saya akan menyokong apa saja yang awak lakukan.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat-saat itu ialah masa yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu tidak selalu berulang.

- semua kenangan yang pernah saya cipta bersama awak, tersemat kukuh di dalam sanubari. bukan saja detail, malah air muka awak pun masih terbayang di mata. jika semuanya kembali bertamu, saya akan menangis, kerana saya sedar saya takkan mampu mengulanginya semula.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

- awak memberi harapan, kemudian awak meragutnya semula. saya akan ingat. ingat sampai bebila. awak mungkin akan lupa, tetapi tidak saya...

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun susah menggemari kesukaan kamu, tapi akhirnya dia menyukainya.

- saya cuba menjadi yang terbaik untuk awak. walaupun saya gagal, namun saya puas kerana sekurangnya saya berusaha.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu, kamu mungkin sedang sakit, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbang tentang kamu, peduli tentang kamu.

- saya sentiasa mendoakan agar awak sentiasa sihat dan kuat. mendengar cerita tentang kesakitan dan penderitaan awak, ia juga mengalir di dalam jiwa saya.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan kapan ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

- karenah OSO, ISO awak tu akan saya ingat sampai saya mati. andai awak menghadapi kesukaran begitu lagi, ingatlah bahawa doa dan kasih sayang saya mengiringi awak.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

- saya tak pernah beri apa-apa pada awak. cuma kasih sayang dan cinta yang tak berbelah bagi. mungkin awak menganggapnya tidak seberapa, tapi ia sangat bermakna bagi saya.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggetarkan dunianya.

- tiap kali awak mengangkat telefon, saya akan terdiam seketika. sebenarnya ketika itu saya sedang menyematkan suara awak ke dalam jiwa saya. kerana seandainya saya rindu, saya akan recall balik memori tu. saya akan tenang mendengar suara awak. kadang2 saya gugup untuk berbicara dengan awak. sebab tu saya lebih suka mendiamkan diri dan membiarkan awak bercakap.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

- kalau awak nak tahu, saya ingin mati dalam dakapan awak...

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang mungkin membawa pengaruh buruk terhadap kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’

- awak jauh, namun sebenarnya dekat di hati saya.

16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

- kadang2 saya rasa ingin sentiasa di sisi awak untuk memastikan awak sentiasa sihat dan bahagia.

17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang bikin BeTe, seperti menelefon kamu 100 kali sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

- saya memikirkan awak 24/7... maybe masa tidur jek awak xde...

18. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

- kadang2 saya buat semua tu cuma untuk menarik perhatian awak je.. sbb sy xleh hidup andai awak xde..

19. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari memenuhi permintaan kamu walau sesulit apapun permintaan itu.

- kadang2 saya buat2 tak tau hanya untuk membiarkan awak mengajar saya...

20. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda yang berharga buatnya.

- saya masih simpan semua sms dari awak... bila saya rindu, saya akan membacanya satu persatu... saya gila?? saya memang gila bila cintakan awak.

21. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri darinya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

- saya lari dari awak sekalipun ia menyiksa jiwa n hati saya... tapi demi kebahagiaan awak, apa sangatlah kesakitan saya neh...

22. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

- saya cuba berkawan dengan lelaki lain. namun saya gagal mencintainya sebagaimana saya mencintai awak... saya tak mampu untuk jatuh cinta lagi.

23. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbebani karenanya. saat kau pinta dia pergi, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

- saya terlalu ingin tahu kenapa awak tak mampu membalas cinta saya. saya nak tahu kenapa saya bertepuk sebelah tangan. saya nak tahu kenapa selepas memberi harapan, awak merobeknya semula. saya nak tahu kenapa awak selalu berdiam diri. saya nak tahu kenapa awak melayan saya macam ni. banyak benda saya nak tahu. tapi entah kenapa semua tu tak pernah saya suarakan. agaknya saya cuba faham yang hati awak dah mati...


semua tu betul.. bila kita cintakan seseorang, itulah yang akan kita buat... dan saya sangat cintakan dia. maka itulah yang saya buat.. buat masa sekarang, saya cuma ingin mencintai dia sampai bebila... sekalipun dia tak mampu membalasnya, keizinannya sudah cukup bagi saya...jika awak baca post ni, ketahuilah bahawasanya dalam hati saya cuma ada awak jek.. xde yang lain selain awak...

4 months since last msg... msg yg menyatakan saya akan meninggalkan awak.. melupakan semua rasa n perasaan saya.. namun semakin lama saya cuba, semakin kuat ikatan awak tu mengikat saya. mungkin awak tak sedar, namun semuanya berlaku. saya akan tetap tunggu. sekalipun awak dah mematikan semua jalan untuk hubungan kita ni. saya akan tunggu. saya akan tunggu awak sekalipun awak hilang dari mata saya...