saya ambil sebuah mangkuk kaca. kemudian saya hempas ke lantai. pecah berkecai. kemudian saya ambil setiap cebisan, saya tampal dan saya bentuk semula menjadi sebuah mangkuk kaca. namun walaupun lengkap, ia takkan sempurna. saya hempas lagi.. saya cantum semula.. saya hempas lagi... saya cantum semula.. seronok rupanya permainan ini... kesian mangkuk. tapi padan muka. siapa suruh tetap setia di sisi saya..
begitulah perumpamaan awak perlakukan saya... suatu masa dulu, awk ambil hati sy. awk jaga dan belai dengan penuh perhatian dan kasih sayang.. saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada awak... kemudian awak punahkan harapan tu. awak ranapkan kepercayaan dan keteguhan hati saya. awak luka dan robekkan hati saya tanpa belas kasihan. kemudian awak tinggalkan saya mengutip sisa-sisa hati yang berkecai.
kemudian, awak datang balik. dengan lembut awak sentuh dan belai hati saya semula. membuatkan saya terlupa bahawasanya kesakitan saya masih belum sembuh. hati saya masih belum tercantum sepenuhnya. saya terlupa disebabkan kelembutan awak. kemudian, bila saya memberi hati saya kepada awak, awak merobekkan tanpa belas kasihan. dengan bangga di atas penderitaan saya...
saya takkan salahkan awak. kerana saya ibarat semut. dan awak gulanya. di mana ada awak, akan ada saya. saya akan terus mengejar dan mengekor tanpa jemu. awak, saya pernah melepaskan awak pergi dari dalam hidup saya. dan Allah banyak membantu saya. kemudian saya hidupakan awak dalam jiwa saya. saya keliru. saya penat. saya resah. sekarang saya lepaskan awak semula. terbanglah. kepaklah sayap awak sesuka hati awak. kerana saya takkan pernah menghalangnya lagi.
awak tidak pernah ikhlas mengaku sayangkan saya. kalau sayang, saya takkan diperlakukan begini. kalau sayang, saya akan dapat rasa kasih sayang awak tu. awak sayang saya sekadar di mulut. dan saya takkan pernah menyalahkan awak. saya yang terhegeh mencari awak...
awak dah buang saya dari dalam hidup awak. lama dah. dari dulu lagi. cuma saya yang tidak dapat menerima kenyataan bahawasanya saya bukan milik awak dan awak bukan milik saya lagi. hari ini, saat ini, mungkin Allah telah bukakan pintu hati saya untuk sekali lagi... saya lepaskan awak. dengan penuh rela, tanpa paksaan... pergilah wak. berlalulah. carilah dunia awak...
mencintai tidak semestinya memiliki.. saya bahagia bila melihat awak bahagia... mungkin kebahagiaan hanya akan saya temui selepas awak berlalu pergi...
0 cELoTeH aWoK:
Post a Comment