BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 28, 2010

saya ambil sehelai kertas dan sebatang pen. saya lakarkan namanya dengan penuh indah. kemudian, saya ingin memadam namanya. gagal. pen akan kekal. menggunakan liquid paper, ia takkan sempurna lagi. lama kelamaan, tulisan itu akan kembali terbias di mata saya. paling tidak, saya akan renyukkan kertas itu dan membuangnya ke dalam tong sampah. agar ia tidak muncul di depan mata saya lagi.


kemudian saya ambil sehelai kertas lagi dan kali ini sebatang pensil. saya lakar indah namanya. saya ambil pemadam. dengan penuh lemah lembut, saya padamkan namanya. saya berpuas hati. kertas itu kembali kosong. saya boleh menggunakannya untuk menulis nama orang lain lagi.

begitulah jua hati saya. saya ukir namanya dengan indah. dengan harapan namanya akan berkekalan di situ sampai bila-bila. apabila terjadi sesuatu, saya tidak mampu mengikis namanya. memula, ia akan berjaya. saya akan berjaya melupakan dia. namun lama kelamaan, dia akan kembali muncul dalam hidup saya. saya akan kembali merindui dan mengingati dia.

kalaulah dulu saya cuma menggunakan pensil, tentu saya tidak akan menghadapi kesukaran untuk melupakan dia. betul bila orang kata, jangan terlalu sayangkan seseorang. simpan sedikit kebencian. kerana siapa tahu suatu hari nanti, sesuatu terjadi. bukan saya kata saya bencikan dia. tidak sekelumit pun. cuma saya kesal dengan diri saya kerana terlalu sayangkan dia. dan akhirnya ia memakan diri saya sendiri.

ramai yang kesal dengan diri saya kerana terlalu mengagungkan dia. sebenarnya, dia adalah cinta pertama saya. saya tidak pernah jatuh cinta dengan mana-mana lelaki (kecuali cinta monyet). saya jatuh cinta pertama di usia 28 tahun. sigh! terlewat mungkin. apatah lagi cinta itu hanya sempat bertahan selama beberapa bulan saja.

saya dinasihati oleh kawan-kawan. katanya lelaki itu sudah membuang saya dari dalam hidupnya. kenapa saya harus menyimpannya lagi? dia langsung tidak layak menerima pengorbanan diri saya ni. ada betulnya kata-kata mereka. ah, bukan! kata-kata mereka memang betul. kenapa perlu disimpan lagi semuanya sedangkan saya sudah tidak wujud di dalam hatinya. saya sudah dibuang. lagikan bayi dibuang, inikan pula saya.

saya mengambil keputusan. kali ini saya nekad. saya akan melupakan dia. secara perlahan-lahan, saya akan kikis namanya dari dalam hati saya. bukan kerana saya benci. bukan kerana saya sudah tak sayang. tapi kerana dia tak layak mendapat cinta saya. dia tak layak mendapat jiwa dan perasaan saya selepas apa yang berlaku. saya akan lupakan dia sebagaimana saya dilupakan.

so skang... oyeahhh... i am me again..... terima kasih, Allah...

0 cELoTeH aWoK: