BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 19, 2010

pedihnya.. sakitnya.. hati aku x henti2 berdetak.. kesakitan tak pernah seperti ini. keperitan x pernah sekuat ini... lemahnya jiwa saat aku membaca status kau semalam. saat itu semuanya seakan kelam. aku tau kau dan aku takkan mungkin bersatu lagi. jurang yang memisahkan kita semakin dalam, semakin luas. dan aku x mampu untuk menyeberanginya kerana kau yang tidak menginginkannya... aku pohon seribu kemaafan andai kau merasakan aku yang memulakan semua. andai kau mengatakan aku yang meretakkan semua ini. andai aku yg menggoyahkan semua ini, aku pohon kemaafan.

kau tidak pernah ada saat aku sangat-sangat memerlukanmu. kau tak pernah di sisi saat aku keseorangan. kau tak pernah membantu di saat aku terlalu lemah. kau tak pernah menenangkan di saat aku kebuntuan. kau tak pernah bersuara di saat aku kesepian. kau tak pernah menyatakan di saat aku terlalu rindu... maafkan aku kerana kau tak dapat bersamaku di saat aku susah dan senang. maafkan aku kerana kau terlalu jauh untuk ku gapai.

semuanya sulit dan perit sekali ku rasakan. tiap langkah yg ku ambil, ku rasakan sangat goyah. bagaikan aku akan jatuh dan takkan mampu berdiri lagi. tiap nafas yang kusedut, terasa sangat menyesakkan. bagaikan aku takkan mampu bernafas lagi. setiap kerlipan terasa dibebani. bagaikan aku tak mampu mengerlipkan mataku lagi.. semuanya kerana aku menyedari kau tiada di sisi lagi...

selama ini, sekalipun kau jauh dariku, aku tahu kau ada. aku tau aku memilikimu. tapi sekarang, semuanya sudah berubah. aku bukan lagi milikmu, dan kau bukan lagi kepunyaanku. payah. namun itulah hakikat yang harus aku pegang mulai saat ini... kau sudah menjadi sebuah mimpi bagiku. kau bukan lagi realiti yang saban waktu aku dambakan. aku takkan bermimpi untuk kali kedua denganmu...

berat, namun kau aku lepaskan kerana aku sebenarnya tidak layak denganmu. kau aku lepaskan kerana itulah permintaanmu.

aku tidak pernah mencinta... namun saat aku baru bertatih sambil memaut kudup cinta, kau ragut dengan kasar. menyebabkan aku jatuh tersungkur. aku tidak tahu sama ada aku akan mampu berdiri lagi... mencapai kudup cinta yang lain selepas kudup itu kau ambil dariku. sungguh aku tak mampu...

0 cELoTeH aWoK: