BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 19, 2010

Alhamdulillah

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

alhamdulillah... setelah menyerahkan segalanya kepada Allah, aku mendapat ketenangan yang sangat menyenangkan... sebenarnya, sebelum ini aku silap mengadu kepada manusia yang memang setiap masa mencari peluang untuk menjatuhkan manusia yang lain tanpa menilai mana lawan mana kawan. aku mempercayai mereka dan mereka menikamku dari belakang. mereka mendengar... berjanji untuk merahsiakannya, namun apa yang aku dapat pengkhianatan yang tak sudah.

tapi semalam, aku mula kembali dekat denganNya. mengadu segala masalah, menangis di 'depan'Nya sehinggakan perlahan-lahan ketenangan itu meresap ke dalam jiwa. seolah-olah air diserap ke udara tika panas terik. menyejukkan, mendamaikan dan melegakan. sepatutnya aku melakukan ini, iaitu mengadu jika ada sebarang kesulitan kepadaNya. mungkin aku x mampu mendengar Dia memberi nasihat kepadaku. namun aku tahu Dia ada di sisi. menasihatiku melalui kata hati yang sebenarnya sukar untuk menipu jika kita mengenalnya.

aku tenang. tenang sekali aku di saat ini. perpisahan ini, penghinaan ini, aku terima dengan hati terbuka. dia mungkin bukan yang terbaik untukku. aku mungkin bukan yang paling baik untuknya. aku menerimanya dengan tenang sekali. cuma aku kesal kerana ia terjadi dengan jalan ini. aku mengharapkan perhubungan yang lebih panjang. tetapi jika Allah hanya mengizinkan ia setakat ini saja, aku masih bersyukur di atas sebuah hubungan indah ini...

Alhamdulillah.. moga ketenangan ini akan menjadi milikku selamanya. aku tak ingin lagi berduka, menangis dan merapat dia atas apa yang Dia berikan.Dia mengenaliku. sangat mengenaliku. Dia tahu sejauh mana aku mampu bertahan di atas ujianNya. Dia tahu sekuat mana aku untuk menerima ujianNya. hanya Dia yang tahu setabah mana aku untuk ujian2Nya itu. jika aku x mampu, Dia takkan menurunkannya padaku,.

Alhamdulillah... terima kasih, Allah di atas kurniaan ini..
.

0 cELoTeH aWoK: