hari demi hari, aku merasakan semakin hampirnya hari penamat dunia ini. ia membuatkan aku takut.. aku gelisah.. aku tak keruan.. betapa banyak dosa aku padaMu, wahai Allah.. adakah Engkau akan mengampunkan semua dosaku? andainya mampu aku undurkan semula waktu, akan aku serahkan seluruh jiwa dan ragaKu kepadaMu...
ya Allah, andainya menciptakan dan memberikan pasangan kepadaku akan membuatkan aku lalai dalam mengingatiMu, maka kau jadikanlah aku sendirian.. jika aku punya Engkau, aku tidak mengingini sesiapa pun lagi.. tetapi jika dengan bersama pasanganku, menambahkan keberkatan dan ketakwaanku, maka satukanlah aku dengan lelaki yang mampu membimbingku ke jalanMu, ya Allah..
Allah, molek benar perpisahan antara aku dan dia yang Kau cipta. terima kasih, Allah.. kerana dengan perpisahan ini, aku kembali menjadi aku.. dan aku kembali mencariMu. sungguhpun aku sangat menyayanginya, namun aku tahu kasihMu padaku lagi besar dan kuat, ya Allah.. biarlah aku menyayangiMu sehingga ke hujung nafasku nanti.
ya Allah, permudahkan segala urusanku.. di mana2 jua pun... dan jika ujian yang Kau berikan akan membuatkan aku lebih disayangiMu, maka aku redha. dan bahawa sesungguhnya Engkau tahu aku sudah menyerahkan segalanya kepadaMu. kerana hanya Kau yang berhak di atas segalanya....
terima kasih, Allah di atas kesempatan ini... Alhamdulillah....
0 cELoTeH aWoK:
Post a Comment