BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 20, 2009

~ Ku aKaN MeNJaGaMu... Di BaNGuN DaN TiDuRMu... Di SeMua MiMPi DaN NYaTaMu... Ku aKaN MeNJaGaMu... TuK HiDuP DaN MaTiKu... TaK iNGiN Kau RaPuH... ~

Thursday, July 16, 2009

Wednesday, July 15, 2009

JiKa iA sEbUaH CinTa




jika ia sebuah cinta…
ia tidak mendengar…

namun sentiasa bergetar….

jika ia sebuah cinta…
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..

jika ia sebuah cinta…
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji

jika ia sebuah cinta…
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..

jika ia sebuah cinta…
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..

jika ia sebuah cinta…
ia mungkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan…

jika ia sebuah cinta…
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan…

semuanya.. jika ianya sebuah cinta………

Saturday, July 11, 2009

anak-anak saya...

anak-anak saya...

Hujung bulan julai nanti, akan cukup setahun saya bergelar pendidik. Mak saya kata "Setahun tu bukan apa-apa pun." Adess... setahun bukan apa-apa? bagi saya, mampu bertahan selama setahun, saya bangga dengan diri saya. Hairan juga, bagaimana mak saya mampu mengabdikan diri menjadi pendidik selama ini? Salute, mak! Berusia setahun, akan ada yang kata, baru setahun jagung. Bagi anda yang berfikiran begitu, saya cabar anda menjadi seorang pendidik. Dan nikmatilah kehidupan seorang pendidik (saya suka guna pendidik berbanding guru) yang amat memenatkan. Kerja anda akan berakhir hanya bila anda tidur. (berdoalah moga anak-anak murid takkan menceroboh mimpi indah anda).

Anak-anak saya ada 74 orang semuanya. Bermakna saya ibu kepada 74 orang kanak-kanak berusia 7 dan 8 tahun. Aduh!!! Ramainya. 74 kepala yang saban waktu akan bersama saya. (sekurangnya sehingga habis penggal persekolahan) Pening walaupun menyeronokkan. Ada bermacam perangai. Setiap seorang membawa perangai masing-masing. Tidak saya ketemu dia individu yang berperangai sama. Ada sepasang kembar di dalam kelas saya. Wajah mereka sama sehinggakan apabila terpandangkan mereka, saya sentiasa memuji Allah. Namun perangai mereka langsung tak sama. Si abang agak nakal dan keras kepala manakala si adiknya lebih mendengar kata. Bermakna saya harus melayan 74 soalan setiap hari. (kalaulah mereka hanya ada 1 soalan saja).

Saya mengajar 3 kelas sahaja. Diulangi 3 kelas sahaja. Tetapi kepenatan melayan karenah mereka bagaikan mencabar kredibiliti saya. Mereka sangat aktif bergerak dan berlari dan bermain. Saya sentiasa kepenatan mengejar seorang sambil memerhatikan rakannya yang lain. "Tolonglah, teacher hanya nak mengajar. Bukan bermain kejar-kejar dengan awak." Nakal. Enggan menurut perintah??? Melihat kiri kanan, selamat, cubitan saya akan singgah di pangkal ketiak mereka. Wajah mereka akan menggerutu. "Teacher tahu sakit, tapi teacher kena cubit. Lepas ni, awak buat lagi, teacher cubit lagi. Okay???" Entah di mana akal saya tika itu. Membuat janji dengan anak sekecil itu. Mereka angguk berkali. Seakan berjanji takkan buat lagi. Tak sampai sepuluh minit, benda sama akan berulang.

Penat! Letih! Itulah perkataan yang sama saya dan teman serumah (kami bertiga adalah pendidik di sekolah yang sama) selalu ucapkan bila saja kaki mencecah rumah. Kami kepenatan, keletihan. Namun entah kenapa semua itu seakan di bawa angin lalu bila saja pagi esoknya menjelang tiba. Pernah saya mengagahkan kaki ke sekolah walaupun deman. Enggan amik mc sebab kesiankan mereka. Bila di sekolah, masuk aje ke kelas, ada yang menegur. "Teacher demam ye?" saat itu akan terasa sedikit kebah. "Diamlah. Teacher demam tu." Saat itu, semua demam akan kebah. Pernah ada seorang murid saya memeluk saya dan mengatakan "Saya sayang teacher. Teacher baik." Saya terharu. Sedangkan saya tahu saya selalu cubit mereka, selalu marah mereka. Saya tetap baik di hati mereka.

Ah, sungguh saya tak pernah sesal bergelar seorang pendidik. Harap saya akan mampu mencorak mereka sebaiknya...

Wednesday, July 8, 2009

sEPi...

sunyi n sepinyeeee.............

Friday, July 3, 2009

n0 b0dy kn0ws...


am i weak to let this feeling ruin everything???

i MiSs U So0o0 dEEp...


i miss u so much... but why can't u understand??? am i toooo bad?????